Isnin, 14 April 2014

Penanaman Pokok Buah Tin - Buah TGF Yang Pertama dan Cabang Baru Tumbuh dari Dalam Tanah



Keterujaan terhadap penanaman pokok buah tin semakin meningkat apabila buah TGF yang pertama telah terhasil. Lihat gambar di sebelah sebagai rujukan. Dalam bulatan merah adalah buah tersebut. Saya tidak berapa pasti berapakah usia sebenar buah ini, tetapi saya pasti usianya dalam lingkungan kurang daripada 3 minggu. Manakala pokok TGF ini berusia 1 bulan 12 hari. Berdasarkan pemerhatian saya, perkembangan pertumbuhannya amat baik. Antara faktor-faktor perkembangannya, telah saya sebutkan sebelum ini dan ada tambahan sedikit yang saya nak kongsikan:-
1. Baja buah
2. Baja tanah bakar
3. Sedikit taburan pasir putih di atas permukaan tanah
4. Meletakkan kedudukannya cukup untuk mendapat pencahayaan yang baik
5. Tidak membiarkan tanah ditakungi air
Saya juga berpendapat, faktor ruang tanah juga mempengaruhi penyebaran nutrien tanah yang dapat diserap oleh akar pokok. Semakin besar ruang bekas, semakin banyak tanah dapat ditaburkan, semakin banyak nutrien yang dapat dibekalkan.

Baiklah, gambar di sebelah menunjukkan terdapat 1 cabang yang tumbuh daripada dalam tanah. Setelah dikorek dan diperiksa, didapati cabang ini tumbuh daripada batang yang tenggelam di dalam tanah. Saya pasti, faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi, mendorong kepada kesuburan pokok TGF ini sehingga membenarkan pertumbuhan cabang dari dalam tanah. Dalam sains, seperti yang kita telah maklum, tumbuhan bergerak ke arah sumber cahaya. Faktor pencahayaan yang baik inilah mendorong cabang ini tumbuh dari dalam tanah.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, azlin.

    Ada berapa jenis ficus dalam koleksi? Akak baru nak mencuba, TGF juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...saya baru ade 1 jenis sahaja....akan datang memang nak tambah lagi jenis lain. Nak cuba buat kacukkan. Saya beli dari Amanda Putri's Fig Garden.

      Padam
  2. Salam saya menjual benih fig kalao tuan2 & puan2 nak boleh add fb saya long jaafar...sekarang ada offer vareaty Archipel Australia..rm140 sekali pos laju...

    BalasPadam